Tuesday 5 April 2022

REVOLUSI INDUTRI 4.0

  

 PENGENALAN

Dalam era kehidupan manusia masa kini, kita tidak boleh lari dari perkembangan teknologi. Saban  hari teknologi ini makin berkembang dan bergerak dengan pantas. Cara hidup dan tindakan kita juga ditentukan oleh revolusi teknologi ini. Begitu juga dengan perkembangan revolusi industri di dunia kini. Apa yang kita lihat atau kita guna sekarang adalah hasil daripada kesinambungan revolusi industri dari yang pertama dulu. Mengikut sejarah, revolusi industri pertama dulu atau lebih dikenali sebagai Revolusi Industri 1.0 yang berada dalam era tahun 1760-1840 lebih kepada penggunaan mesin. Sekitar tahun 1870-1914 revolusi industri 2.0 mula diperkenalkan dimana pada revolusi ini bermulalah zaman pengeluaran besar-besaran. Pada revolusi 3.0 pula iaitu pada tahun 1960-1999 kita mula diperkenalkan dengan teknologi baru yang lebih dikenali sebagai teknologi digital. Teknologi ini membawa perubahan daripada sistem analog kepada sistem digital. Dan kini tanpa kita sedar atau tidak kita berada pada era revolusi industri 4.0 dimana pada era revolusi ini teknologi  internet dan teknologi maklumat serta teknologi robotik sudah digunakan secara meluas. Malah boleh dikatakan urusan kehidupan kita sekarang semuanya berasaskan teknologi IR4.0. Revolusi Industri 4.0 ini bukan sahaja memgubah cara hidup kita, malah ia juga mengubah bidang-bidang yang lain seperti bidang pendidikan , ekonomi, sosial dan lain-lain lagi. Terdapat 9 tongak utama dalam revolusi industri 4.0 ini iaitu Cybersecurity, Augmented Reality, Internet of Things, Cloud Computing, Big Data, Autonomous Robots, System Integrated, Simulation dan Additive Manufacturing





 INTERNET OF THINGS (IoT)

 Definisi

Dalam kepesatan kemajuan teknologi masa kini, jalur lebar internet sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan  kita seharian. Internet of things atau dipanggil IoT, dalam Bahasa melayunya dipanggil sebagai Internet pelbagai benda menjadi satu topik perbincangan yang popular masa kini. Apa yang dimaksudkan dengan IoT ini? IoT ini boleh definasikan sebagai satu jaringan benda fizikal yang mempunyai perisian (software) dan teknologi yang mampu berhubung dengan peranti lain dan betukar-tukar data atau sistem melalui rangkaian internet. Ia juga boleh merujuk sebagai kemampuan untuk memindahkan data melalui jaringan internet tanpa perlu hubungan antara manusia dengan manusia atau manusia dengan komputer. Secara ringkasnya IoT ini adalah lanjutan kepada teknologi internet masa kini.  Ia mempunyai kebolehan untuk berhubung dengan peranti yang lain dan membuat tindakan berpandukan maklumat yang diterima.Dan tanpa kita sedari sebenarnya kita terlibat secara langsung dengan sistem IoT ini dalam setiap aktiviti kita seharian.

 Fungsi IoT

Sedar atau pun tidak kita sekarang memasuki fasa dimana internet menjadi sumber utama dalam kehidupan kita. Hidup kita terasa lebih mudah dengan dibantu oleh peranti-peranti pintar yang menggunakan internet ini. Tugas kita sebagai manusia ini lebih kepada mengatur serta memerhati sahaja peranti-peranti ini berkerja mengikut apa yang kita inginkan. Selain daripada penggunaan kita di rumah atau pejabat, teknologi IoT ini juga banyak digunakan oleh pihak swasta dan kerajaan dalam melancarkan urusan mereka. Agensi-agensi kerajaan dan swasta ini banyak bergantung kepada IoT bagi meningkatkan produktiviti serta perkhidmatan yang diberikan. Selain daripada itu terdapat beberapa lagi bidang yang mendapat manfaat melalui teknologi IoT ini. Antaranya ialah:

Bidang Pertanian


Fungsi utama IoT dalam bidang pertanian adalah mengawasi dan memantau keadaan tanah yang hendak digunakan untuk pertanian. Selain itu, ia juga boleh mengetahui sistem pengairan yang sesuai serta memperolehi data-data berkaitan cuaca semasa dan juga memantau keadaan kesihatan ternakan. Contohnya seperti dalam sistem pengairan, dengan data kelembapan tanah yang diperolehi dengan kaedah IoT ini, sensor akan menghantar maklumat kepada pengkala data dan seterusnya proses penyiraman air akan dilakukan secara automatik tanpa perlu kawalan daripada manusia. Dengan itu kelembapan tanah dapat dikekalkan dan tanaman akan terus subur.

Bidang Perindustrian

Dalam perindustrian pembuatan dan pengeluaran, penggunaan teknologi robot dan mesin ini telah banyak digunakan oleh syarikat-syarikat bagi mengurangkan kos tenaga. Dengan rangkaian mesin dan sensor, teknologi ini mampu meningkatkan pengeluaran yang produk yang optimum. Selain itu, teknologi IoT ini boleh membantu dalam pengurusan aset melalui penyelenggaraan yang dirancang, menilai statistik kewangan dan pengeluaran produk. Sistem pintar melalui teknologi IoT ini juga mampu diintergrasikan dengan sistem smart Grid. Ia boleh membuat kawalan secara automatik dalam sesebuah bangunan dengan fungsi yang dikawal oleh sensor dalam sistem rangkaian yang besar. Selain dalam bidang pembuatan, bidang peruncitan juga banyak menggunakan aplikasi IoT ini. Ia tidak sekadar pengurusan runcit dan retail sahaja, malah ia boleh dimanfaatkan oleh pengusaha restoran, penghotelan dan perniagaan-perniagaan lain bagi meningkatkan keuntungan. 

 



ROBOTIK AUTONOMI

 

Definisi

 

Robot autonomi merupakan satu mesin elektro-mekanikal yang dicipta untuk melakukan tugas-tugas yang berbeza mengikut kepintaran dan kegunaannya. Ia boleh bekerja dalam tempoh yang panjang tanpa perlu kawalan manusia. Setiap jenis robot ini mempunyai ciri-ciri canggih yang membolehkan mereka memahami persekitaran fizikal dan melakukan perkara yang diarahkan kepadanya. Robot autonomi selalunya menjalankan kerja mereka tanpa sebarang hubungan dengan manusia kecuali jika sebahagian dari tugas mereka itu memerlukan manusia. Kini, dengan kemajuan teknologi, kegunaan robot telah diperluaskaan ke pelbagai bidang seperti bidang perubatan, bidang komunikasi angkasa, ketenteraan, perladangan dan pelbagai lagi.


 Fungsi Robot autonomi

 

Setiap robot automoni mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut tujuan robot itu dicipta. Namun keseluruhannya, fungsi robot ini adalah sama, iaitu berfungsi bagi memudahkan urusan pekerjaan manusia. Secara dasarnya terdapat beberapa fungsi yang dapat dilakukan robot antaranya:

§  Dalam bidang industri, kegunaan robot ini mampu meningkatkan produktiviti serta kawalan kualiti yang baik dan mengukuhkan daya tahan industri itu.

§  Robot ini juga boleh mengantikan manusia dalam melakukan tugas-tugas yang dalam kategori bahaya dan berisiko tinggi.

§  Bagi bidang pendidikan pula, ia mampu menarik minat para pelajar meneroka dengan lebih dalam mengenai teknologi robotik ini dan melahirkan idea dan inovasi yang baru pada masa hadapan.

§  Dengan adanya robot dirumah, ia mampu meringankan tugas manusia seperti melakukan kerja-kerja rumah conntohnya menyapu, mengemop, membasuh dan sebagainya.

Dan robot-robot ini juga boleh digunakan sebagai alat hiburan atau peneman bagi manusia mengikut jenis yang manusia inginkan


PENGKOMPUTERAN AWAN (Cloud Computing)

 Definisi

Pengkomputeran awan adalah satu penggunaan teknologi komputer atau pembangunan komputer yang berasaskan internet atau dikenali sebagai awan. Ia mempunyai kemampuan berkaitan dengan teknologi maklumat dimana banyak sumber-sumber maklumat dapat disediakan untuk pengguna dan boleh diakses melalui capaian internet pada sebilang masa dan tempat. Dengan kata lain, pengkomputern awan adalah memudahkan penyimpanan dan pencapaian data dan aplikasi dengan menggunakan komputer atau pelbagai platform peranti mudah alih yang lain dengan syarat ia  mempunyai capaian internet. Proses ini bermula apabila pengguna memuat naik data-data seperti dokumen, video, gambar ataupun lagu-lagu dan kemudian data-data ini boleh dicapai di tempat yang lain seperti laptop, telefon bimbit, tablet atau peranti-peranti yang lain melalui internet.


Fungsi Pengkomputeran Awan

 

Dalam sesebuah organisasi, pengkomputeran awan ini mampu meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan. Ini kerana fungsi pengkomputer awan ini membolehkan pengguna memdapatkan maklumat atau data-data yang diperlukan tanpa perlu menghubungi atau berjumpa secara bersemuka. Ia menjimatkan masa dengan hanya berkolaborasi  secara dalam talian. Selain daripada boleh dicapai dengan mudah teknologi ini juga mempunyai kapasiti penyimpanan yang besar untuk menyimpan pelbagi jenis data. Fungsi-fungsi pengkomputeran awan ini juga bergantung kepada jenisnya. Antara jenis pengkomputeran awan ini ialah:

i.                    Pengkomputeran awan persendirian (Private Cloud)

Ia hanya dikhaskan atau dituju kepada organisasi atau individu pengguna tertentu sahaja. Pengguna yang selain daripada itu tidak boleh mencapai data-data di dalam awan ini.

ii.                  Pengkomputeran awan awam (Public Cloud)

Pengkomputeran jenis ini membolehkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya. Contohnya seperti Google Engine, Amazon Cloud, Window Cloud dan lain-lain lagi.

iii.                Pengkomputeran awan Hibrid (Hybrid Cloud)

Ia adalah satu kombinasi antara Awan Persendirian dengan Awan Awam. Organisasi boleh menyimpan data dalam awan persendirian dan boleh mengekalkan data yang lain dalam awan awam.

iv.                Pengkomputeran Komuniti (Community Cloud)

Ia adalah gabungan kepada semua pengkomputeran awan diatas. Data-data dalam awan ini boleh dikongsi oleh mana-mana organisasi atau individu tetapi perlu mematuhi ketetapan dari segi keselamatan, polisi dan bidang kuasa.

 

KESIMPULAN

 

Kemajuan dan pembangunan teknologi industri ini tidak akan berhenti setakat IR4.0 sahaja. Akan ada kesinambungan revolusi ini selagi mana ada keperluan dalam industri di dunia. Kesan terhadap kehidupan manusia juga tidak dapat dielakkan. Pelbagai pihak perlu mempersiapkan diri bagi menerima kesan daripada perubahan revolusi ini terutama IR4.0.  Sekiranya  tanpa persediaan dan persiapan rapi, sukar untuk kita mencapai perubahan ini dan akan memberikan kesan buruk kepada kemajuan negara. Pelan perancangan strategik harus dibangunkan secara menyeluruh oleh pengubal dasar bagi memastikan perubahan perkembangan revolusi ini dapat dimanfaat sepenuhnya. Pengurusan tertinggi dalam sesebuah organisasi itu perlu memikirkan kaedah terbaik bagi memperolehi kebaikan daripada revolusi ini seperti pembangunan modal Ehsan dan kemajuan syarikat. Pendedahan serta latihan harus diberikan kepada para pekerja supaya mereka lebih bersedia dan berkeyakinan dalam menghadapi sistem dan perubahan ini. Segala polisi serta garis panduan dan pelaksanaan kerja harus diberi perhatian serius supaya okbjektif yang telah ditetapkan tercapai.

Bagi masyarakat pula, minda mereka harus terbuka dalam penerimaan perubahan revolusi ini. Sekiranya masih dengan pemikiran yang lama, dan takut untuk menerima perubahan dikhuatiri akan terjadinya dimana masyarakat tersebut akan ketinggalan dan tidak mampu untuk maju kehadapan. Penting bagi masyarakat mempersiapkan diri mereka dan anak-anak mereka dengan pendidikan yang berkemahiran

https://www.mosti.gov.my/fokus/revolusi-industri-keempat-ir-4-0/ 

https://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/4832

https://www.networkworld.com/article/3207535/what-is-iot-the-internet-of-things-explained.html


Thursday 7 May 2015

PANDUAN MUDAH BERSALIN


Image result for wanita kartun


1. Kerap berjalan

2. Minta suami buatkan air dibacakan:-
    - Surah Al-Fatihah
    -Surah 3 Qul
    - Ayat Kursi
Kemudian letakkan 3 titik minyak masak dan niat permudahkan urusan bersalin serta niat dalam hati apa yang dihajati.(selawat & minum)

3. Banyakkan berzikir
   - Laliailla anta subhanakainni kuntummanadzolimin

4. Kerapkan mandi dan basuh rambut

5. Baring dalam keadaan mengiring

6. Banyakkan sujud (sebaiknya ketika solat)

7. Minta maaf dengan semua orang terutamanya suami
Image result for wanita mengandung kartun

www.FizzieNet.Blogspot.com

Tuesday 28 April 2015

PERIA KATAK


Image result for peria katak

Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga 5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli, dengan lebar sebanyak 4-12 sentimeter. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara.
Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.

Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.
Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demammalaria. 
Image result for peria katak
Khasiat Pemakanan Peria Katak
> Kandungan kalori yang rendah
>Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, fiber yang sangat tinggi.
> Kaya dengan zat besi.
> Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
Khasiat Kesihatan Peria Katak
> Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
> Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
> Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
> Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
> Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
>  Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
> Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
> Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
> Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
> Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.
Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
Image result for peria katak
www.FizzieNet.Blogspot.com

Wednesday 1 April 2015

Fadhilat Cium Anak


Image result for gambar cium anak kartun

1. Fadhilat cium anak.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan org yang menyukai kanak-kanak.

Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada ALLAH dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Dengan mencium anak,sifat mendera atau memukul anak boleh dihindarkan.Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan "aku sayang anak aku" akan tersemat terus ke dalam jiwa.

2. Fadhilat cium suami.

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurla dosa2 kecil si isteri. Restu seorang suami itu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan mendapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalu mengucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

3. Fadhilat Cium isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakkan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Image result for gambar cium anak kartun
www.FizzieNet.Blogspot.com

Friday 27 March 2015

"HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI"


Image result for hukuman gantung sampai mati

Cerita ini saya petik drpd  cerita kawan-kawan yg berkerja di penjara.
"Hukuman gantung sampai mati"..Bayangkan jika sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dibuatnyakan..merasai bagaimana leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati....Harap-harapkan dijauhkan..Aminnn

Semoga artikal di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar@kecil,kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembu supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4000-RM5000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahananya dengan meggantungkan patung seberat lenih 90kg selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri & ia diklasifikasikan sebagai senjata & ianya disimpan di dalam peti besi. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

Apabila Rayuan Ditolak

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan & Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman & di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu dia antara 5.30pagi hingga 6.30 pagi.

eemmrrr.....banyak lagi prosesnya..nanti kita sambung.

Monday 23 March 2015

Adakah kita "DAYUS"?

Image result for dayus

SOALAN: Ramai  lelaki kurang faham erti dayus dengan jelas. Apakah makna perkataan dan perbuatan yang menjuruskan perlakuan tersebut?

Jawapan: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.” Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Riwayat Al-Tabrani)

Daripada hadis di atas, maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu. Malah, ada yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain.

Soalan yang sama daripada sahabat mengenai siapakah dayus? Lalu jawab Nabi SAW, maksudnya: “Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).

Tafsiran golongan ulama berkenaan istilah dayus adalah “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).”
“Cemburu lawannya dayus.” Berkata pula Al-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”

“Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) apabila dia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak mengubahnya.”

“Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barang siapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga jauh daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.” (Faidhul Qadir, Al-Munawi, 3/430)

Image result for dayus

Lihat betapa ALLAH SWT dan rasul-NYA menginginkan golongan suami dan ayah mempunyai sifat pelindung kepada ahli keluarga daripada melakukan sebarang perkara keji dan mungkar.
Lelaki menjadi dayus apabila:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya ketika dia bekerja.

3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) ketika menaiki apa jua kenderaan.

4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah. Kononnya, ibu bapa mereka sporting dan memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sekali-sekali!

9.  Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

RAsulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahan kan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid.” (Riwayat Ahmad)

Sumber: Sinar Harian

REVOLUSI INDUTRI 4.0

    PENGENALAN Dalam era kehidupan manusia masa kini, kita tidak boleh lari dari perkembangan teknologi. Saban   hari teknologi ini maki...